Jenis-jenis rumput

Kebiasaanya bila kita bercerita tentang landskap, semestinya kita akan kaitkan dengan rumput. Kerana rumput selalunya menjadi kawasan yang major dan memenuhi laman rumah.

Tak buat landskap pun tak apa. Janji tanam rumput! Biar laman rumah kita nampak hijau je, Saujana mata mandang :)

Tapi rumput apa nak tanam ye?


Rumput ada banyak jenis. Ada 4 jenis rumput yang glamour dan sering di tanam di sekeliling rumah iaitu rumput carpet, rumput lembu (cow grass), rumput mutiara dan rumput Jepun. Pemilihan penanaman rumput ini biasanya bergantung kepada fungsi, keadaan kawasan dan nilai estetik. 


Rumput carpet / Philiphines grass / Zoysia

Namanya saja dah menggambarkan jenis rumput ini. Bila di tanam di laman, ia seperti carpet hijau yang terbentang di luar rumah. Memang cantik. Bagaimanapun ia memerlukan penjagaan rapi dan pencahayaan yang banyak. Sekiranya kawasan rumah luas dan kurang pokok-pokok teduhan, selalunya kita akan dapat hasil carpet hijau yang sangat cantik, tebal dan hijau. Penjagaannya pula memerlukan di potong sebulan sekali atau 3 bulan sekali. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara closed turfing, Ia mudah membiak dalam waktu yang singkat.






Rumput lembu / Cow grass

Jenis rumput ini sangat tahan lasak. Ia banyak di tanam di kawasan padang bola atau tepi-tepi jalan. Bagamanapun pemotongan rumput perlu dilakukan lebih kerap sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Selain itu, ia memerlukan pencahayaan yang banyak.. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara closed atau spot turfing.






Rumput Mutiara / Pearl grass

Sekali pandang rumput mutiara seakan-akan rumput cow grass. Perbezaannya, daun pearl grass ini lebih pendek dan warna hijaunya seakan berkilat dan lebih cantik. Dari segi penjagaan, ia tidak memerlukan pemotongan rumput yang kerap, cukup sekadar trimming halus di bahagian pucuk. Ia juga tidak tahan pada kepanasan yang kerap. Jadi sering menjadi pilihan bagi kawasan yang redup dan kurang mendapat cahaya matahari.







Rumput Jepun / Japanese grass


Ia seakan-akan rumput carpet, tapi lebih halus dam gebu. Memerlukan pencahayaan penuh. Kadar pertumbuhannya lambat dan menjadikan ia mengambil  masa yang lama untuk di potong. Pemotongan rumput boleh di buat 6bulan, 8 bulan atau setahun. Jika dibandingkan mengikut harga, Rumput Jepun antara jenis rumput yang mahal.

APA RUMPUT PILIHAN ANDA?

Sekiranya anda ingin menanam rumput di kawasan rumah anda, boleh hubungi kami untuk sevis menanam rumput yang terbaik dari kami. Untuk dapatkan sebutharga, anda hanya perlu memberikan ukuran dan keadaan tapak kepada kami. Digalakkan memberi gambar tapak sekali.



Hubungi kami:

Call/ Whatsapp: 011-21207858

FB: Landskap & tanam rumput
Email: oxygreenenterprise@gmail.com

Comments